Blog Rezeki


Jumaat, 29 Mei 2020











Jumaat, 22 Mei 2020








Jumaat, 8 Mei 2020














Isnin, 7 April 2020


"Pekerjaan yang kita lakukan tidak dikira sebagai hanya untuk mencari makan, tetapi ia adalah sebagai ibadah kita dalam mencari makan" - Habib Zaenal Abidin Al Hamid.





Sumber : BPRAST HD (Youtube)







Jumaat, 3 April 2020

Pelbagai cara kita akan cuba lakukan, kita akan usaha untuk tambah lagi rezeki daripada apa yang kita ada. Mari tonton ceramah daripada Habib Zaenal Abidin Al Hamid berkaitan perkara tersebut.





Sumber : BPRAST HD (Youtube)






Khamis, 2 April 2020


Bersyukurlah, Allah sudah menentukan rezeki bagi setiap makhluk. Sebagai manusia, kita mesti beriman dan percaya denganNya.





Sumber : Cocombee (Youtube)






Rabu, 1 April 2020


Jangan Sedih dan Takut, Rezekimu Allah sudah aturkan - Habib Zainal Abidin Al Hamid





Sumber: BPRAST HD (Youtube)

Sebagai umat Islam yang sejati, kita mesti percaya bahawa rezeki bagi setiap makhluk ditentukan Allah. Namun, sesuatu rezeki perlu diusahakan dan walaupun kita sudah berusaha ingin mendapatkan rezeki seperti yang kita mahukan, jika Allah tidak mengizinkannya, maka kita harus redha kerana itulah ketentuanNya buat kita dan itulah yang terbaik buat kita. Seperti dalam rukun Iman iaitu percaya kepada Qada' dan Qadar.






Jumaat, 27 Mac 2020


CARA MUDAH MENDAPATKAN REZEKI dalam ISLAM

Rezeki setiap manusia telah ditetapkan Allah sejak dari dalam kandungan ibu lagi.

Tidak bermakna manusia tidak perlu bekerja dan berusaha mendapatkannya.

Namun, selain dari bersungguh dalam berusaha, terdapat beberapa amalan lain yang memudahkan kita dikurniakan rezeki.

Apa yang utama adalah kita kena yakin dengan Allah yang Maha Pemberi Rezeki.


   a) Bersedekah salah satu tarikan rezeki

Seringkali kita dengar bahawa dengan bersedekah dapat memberi rezeki yang berlipat kali ganda buat si pemberi sedekah.

Kita perlu selalu ingat bahawa dalam rezeki yang kita dapat, sebahagiannya adalah untuk orang lain. Ini bermakna seharusnya rezeki tersebut bukan sepenuhnya milik kita.

Amal yang Islam galakkan ini tidak bererti bahawa akan mengurangkan lagi wang yang kita ada, bahkan rezeki kita akan bertambah walaupun bukan dari segi wang sahaja.

Selain itu, dalam bersedekah, kita perlu memberikan nilai tersebut dengan seikhlasnya.

Sebagai contoh, jika kita seorang peniaga restoran dan melihat seorang pengemis yang sedang memerhati bahagian makanan di restoran kita.

Apa yang kita akan lakukan?

Adakah kita hanya membiarkan ego kita yang mementingkan keuntungan dengan membiarkan sahaja pengemis tersebut memerhati para pelanggan yang sedang makan dan minum?

Atau kita memberi, tetapi diberinya sisa makanan diibaratkan pengemis tersebut bagai kucing liar di jalanan?

Oleh itu, bersedekah tanpa mengharapkan balasan dan niat kerana Allah adalah yang sepatutnya, kita sebagai insan yang beragama Islam perlu lakukan.

Jika ada antara mereka yang bukan beragama Islam boleh memberi tanpa balasan, apalagi kita yang beragama Islam? Renungkan.

Dalam Al -Quran, Allah berfirman yang bermaksud;
Orang yang menafkahkan hartanya pada malam dan siang hari secara sembunyi dan terang-terangan, mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kebimbangan pada mereka dan tidak pula mereka bersedih.”

(Surah Al-Baqarah: 274)

Kita juga perlu menganggap bahawa bersedekah bermaksud kita berkongsi harta yang kita ada kerana semua yang ada di dunia adalah milik Allah ‘Azza Wajalla.


     b) Memberikan sesuatu yang berguna

Apa maksud memberi sesuatu yang berguna itu? Ianya mestilah sesuatu yang kita sayang, masih elok dan tidak mahu dibuang.

Kenapa perlu beri barang yang masih boleh digunakan? Kerana mereka yang menerima juga adalah manusia biasa yang mempunyai harga diri dan perasaan.

Anda pernah lihat sikap masyarakat kita yang kononnya kata ingin membantu beri sumbangan, namun barangan yang diberi adalah pakaian-pakaian buruk dan lama atau buku-buku rosak yang mahu dibuang?!

Mungkin mereka yang bersikap sebegini hanya mahu membersihkan rumah mereka dengan membeli barang – barang baru dan mengira bahawa barang – barang lama yang ada perlu diberi kepada mereka yang tidak berkemampuan. Walaupun ini hanyalah ANDAIAN SAHAJA, namun diharap perkara seperti ini tidak berlaku kerana kelakuan ini adalah SALAH sama sekali.

Jadi, adalah lebih baik untuk kita bersedekah dengan duit atau barangan yang masih boleh digunakan dan dalam keadaan baik.

Mereka yang menerima akan berasa gembira dengan pemberian kita walaupun hanya sedikit. Apa yang penting adalah sikap kita terhadap penerima dan nilai barang yang kita berikan.


c) Berdoa kepada Allah yang Maha Esa

Usaha, Doa dan Tawakkal ataupun Doa, Usaha, Istiqamah dan Tawakkal.

Kedua – dua ‘formula’ yang kebanyakan orang selalu guna tidak jauh beza dari segi maksudnya.

Tapi, kali ini kita fokuskan kepada Doa yang meupakan salah satu kaedah mendapat rezeki.

Allah SWT redha kepada hambaNya yang sering meminta – minta dengannya. Dengan cara apa hambaNya perlu meminta kepada Allah?

Mesti melalui doa lah, betul?

Oleh itu, banyakkan berdoa bersungguh – sungguh dengan hati yang penuh ikhlas, mulakan dengan basmalah dan merendah diri terhadap Allah kerana kita perlu ingat bahawa Allah Maha Berkuasa. Makhluk pula? Tiada apa yang dapat menandingi kekuasaan Allah.

Justeru, jika cepat atau lambat, banyak atau sikit rezeki yang kita dapat, semuanya bergantung kepada Allah dan amalan yang kita lakukan dalam memastikan doa kita dapat dikabulkan olehNya.

Rezeki yang kita cari juga perlulah halal dan mempunyai keberkatan. Mohon keberkatan daripada ibu bapa kandung atau ibu bapa mertua atau seorang ibu yang sudi mendoakan kita jika masih ada kerana doa mereka tiada hijab dan mudah dikabulkan, inshaaAllah. Kita hanya berusaha dan Allah yang menentukan qada’ dan qadar hidup setiap manusia.

PENTING!!! SEBAGAI SEORANG ISLAM, ANDA HANYA BOLEH MEMOHON DAN MEMINTA KEPADA ALLAH YANG MAHA ESA. MEMINTA KEPADA SELAIN DARIPADA ALLAH AKAN MEMBAWA SESEORANG JATUH KE LEMBAH SYIRIK. NA’UZUBILLAHIMINZALIK!!!


d)Mempraktikkan Solat Sunat Dhuha

Setiap orang yang melakukan solat sunat pasti ada tujuan dan hajat yang diinginkan. Contohnya, Solat Sunat Hajat dilakukan kerana seseorang ingin memohon sesuatu kepada Allah dan berharap hajatnya dimakbulkan.

Solat Sunat Dhuha pula dilakukan bagi mereka yang ingin rezeki mereka dipermudah, diluaskan dan dilimpahkan. InshaaAllah, Allah akan memudahkan rezeki bagi mereka yang melakukannya.

Antara kelebihan melakukannya adalah dicukupkan rezeki iaitu Allah S.W.T menjamin rezeki yang cukup kepada hambanya yang mempunyai masa untuk solat Dhuha.

Diriwayatkan daripada Nu‘aim bin Hammar bahawa ia berkata, “Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda; Allah berfirman, ‘Wahai anak Adam, janganlah kamu berasa lemah untuk beribadah kepada-Ku dengan cara mengerjakan solat empat rakaat di awal waktu siangmu, nescaya akan Aku cukupkan untukmu di akhir harimu.”
(Hadis Riwayat Abu Dawud)

Seterusnya adalah mendapat kurniaan rumah di syurga. Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud, “Barangsiapa yang solat dhuha sebanyak empat rakaat dan empat rakaat sebelumnya, maka ia akan dibangunkan sebuah rumah di syurga.” 
(Sahih al-Jami’: 634)




Bacaan doa selepas Solat Sunat Dhuha:-

Cara Solat Sunat Dhuha dan Doa serta kelebihan mengerjakannya



Maksudnya :
“Ya Allah bahawasanya waktu Dhuha itu waktu Dhuha-Mu, kecantikan itu ialah kecantikan-Mu, keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu. Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah. Jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu Dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada aku segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh.”



Jika kita mampu hayati maksud doa ini, solat Dhuha kita akan terasa lebih nikmat. Maka, bertebaranlah mencari rezeki dengan penuh pengharapan, semoga Allah membukakan pintu rezeki kita seluas-luasnya.







Selasa, 24 Mac 2020

AMALAN BAGI DIMURAHKAN REZEKI


Masalah kewangan tidak pernah lekang dari hidup mereka yang bergelar manusia. Lebih – lebih lagi bagi mereka yang menggalas tanggungjawab seperti ibu bapa yang perlu menampung perbelanjaan  harian dan kehendak anak – anak, graduan yang baru bekerja dan perlu menampung diri sendiri dan pelbagai lagi. Oleh sebab itu, kita sentiasa mencari jalan untuk menambah wang yang sedia ada.
Berikut adalah usaha yang boleh dilakukan bagi dimurahkan rezeki dan selebihnya anda perlu percaya dan bertawakal kepada Allah.


        i.          i-  Beristighfar

Dengan usaha mengamalkan istighfar sebanyak mungkin dengan hati yang tulus ingin memohon keampunan daripada Allah, inshaaAllah dikurniakan rezeki yang murah.
Dalam Surah Nuh, ayat 10 – 12, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Mohonlah ampun kepada Tuhan kalian, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat (melimpah ruah membawa kebaikan), dan memperbanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai (yang penuh dengan kebaikan dan manfaat).”

Selain itu, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud; “Barangsiapa memperbanyakkan istighfar, maka Allah akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. 
                              
                                 -Hadith Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a. -


       ii.          ii- Menjauhkan diri daripada perbuatan Dosa

Setiap orang pasti akan melakukan dosa sama ada secara tidak sengaja atau sengaja. Seharusnya kita terus beristighfar, memohon keampunan daripada Allah setelah itu. Namun, jika kita hanya Beristighfar tanpa kita menjauhi dan menyesali daripada melakukan perbuatan dosa tersebut, perkara itu sahaja tidak mencukupi.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya :“Tidak bertambah umur seseorang kecuali jika dia melakukan kebaikan, dan tidak akan ditolak qadar Allah (iaitu qadar al-Mu’allaq) kecuali melalui doa, dan sesungguhnya seseorang itu ditahan rezekinya disebabkan dosa-dosa yang sentiasa dilakukannya”

 -Hadith Riwayat Ibn Majah, Ahmad Hadith Hasan-



     iii.          iii-  Berbuat Baik Dan Sentiasa Mendoakan Ibu Bapa

Doa ibu bapa sangat penting dalam usaha mendapatkan rezeki yang luas. Oeh itu, dalam kita melakukan sesuatu seperti sebelum memulakan tugasan harian, pohonlah doa dan restu daripada ibu bapa ataupun ibu bapa mertua bagi yang sudah berkahwin. Hubungi mereka sekurangnya sekali seminggu dan jangan biarkan hingga mereka rasa diabaikan oleh anak kandung sendiri kerana doa daripada mereka yang sentiasa ingat kepada anaknya dapat membantu memurahkan rezeki kita dengan izinNYA.

Berbaktilah kepada ibu bapa selagi masih ada kerana mereka yang telah banyak berkorban dalam membesarkan kita dan mohonlah doa dan restu daripada mereka. Seterusnya, sentiasa doakan kesejahteraan dan kebaikan buat mereka walaupun mereka sudah tiada kerana doa anak yang soleh adalah salah satu amalan yang dapat memantu mereka di alam kubur nanti.


     iv.          iv- Istiqamah dalam Beribadah

Ibadah yang paling utama adalah solat kerana solat adalah tiang agama. Amalan yang pertama akan dihisab di akhirat juga adalah solat. Oleh itu, sempurnakanlah solat lima waktu dan bagi lelaki, adalah lebih afdhal solat berjemaah di masjid.

Lakukan juga amalan tambahan seperti solat sunat qabliah dan ba’diah, dan solat sunat yang lain.
Amalkan sekurangnya satu ibadah, sunnah atau perkara baik secara istiqamah seperti bersedeqah pada setiap hari Jumaat dan dengan izin Allah, amalan tersebut juga akan membantu kita di akhirat kelak.







Isnin, 23 Mac 2020

TANDA REZEKI YANG BERKAT


Rezeki yang berkat sangat penting dalam hidup seseorang.

Mengapa?

Kerana rezeki yang diterima akan menjadi darah daging dalam tubuh badan kita. Rezeki yang berkat adalah apabila kita berasa tenang, lapang dan tidak merungut dengan rezeki yang Allah kurniakan. 

Rezeki yang tidak berkat pula hanya memberi kesenangan yang sementara dan lambat laun akan membuatkan hidup kita semakin huru – hara dan sentiasa dalam kegelisahan.


Berikut adalah tanda – tanda rezeki yang berkat:-

1) Berasa cukup dengan apa yang ada.

Ambil wang sebagai contoh, jika wang tersebut ada keberkatan, maka ia cukup diguna untuk berbelanja keperluan harian dan cukup dibuat simpanan. Jika tiada keberkatan, kita akan rasa wang tersebut terlalu cepat habis setelah digunakan.

 2) Mudah melakukan ibadah.

Apabila kita terasa mudah untuk menjaga solat dan juga melakukan amal ibadah yang lain, maka boleh lah dikata kan yang rezeki yang kita peroleh itu diberkati. Rezeki yang di perolehi boleh melakukan ibadah umrah atau haji. Boleh jadi kenapa sebahagian daripada kita susah sangat nak solat sebab rezeki kita tak diberkati.

 3) Doa mudah dimakbulkan.

Tidak mustahil doa kita tidak dimakbulkan jika rezeki adalah dari sumber yang haram dan tidak berkat. Oleh itu, fikirkan, adakah rezeki kita dari sumber yang halal?

 4) Disenangi ramai orang.

Mereka yang berada di sekeliling akan lebih suka mendekati kita dan silaturrahim mudah terjalin antara sesama manusia. Contohnya kita dapat lihat apabila kita bersama ahli keluarga atau rakan - rakan. Kehadiran kita juga akan memberi manfaat kepada orang lain dan tidak menyusahkan mereka.

5) Hubungan keluarga dalam keadaan stabil dan bahagia.

Rezeki sesebuah keluarga yang berkat adalah berdasarkan sumber nafkah keluarga daripada bapa atau ibu bapa tersebut. Sumber nafkah yang bercampur halal dan haram seperti rasuah akan mewujudkan masalah rumah tangga dan keluarga.


Kesimpulannya, jagalah aspek halal dan haram dalam sumber rezeki yang kita cari daripada sekarang.




No comments:

Post a Comment